Wednesday, October 31, 2012

istanbul aku datang!!


yeayyy istanbul aku datang! akhir nye dapat gak aku tgk...

semalam aku g tgk tayangan pra tonton bersama2 pelakon nya dekat MBO subang perade..boleh tahan la org nye ramai gak la..


tadaa kami dan aizat..xbanyak dia dlam cter ni tapi ok la kan..



dengan wife tomok! kak ayue.. aku malas nak amik gambar ngan tomok ramai sgt hehe..dgn wife dia ni aku dah kenal lama sebelom dia jadi pramugari aku dah kenal tp mmg ssh gler nk jmp..tambah dah kawen ngan artis plak..lg la ssh nk jmp..:)



kami yang menempek kelaparan abes wayang hehehe...

eh lupe lak nk komen pasal citer ni...best! boleh tgk lagi...sweet gler lisa surihani tu..aku xde la minat sgt mcm org len yg masuk kelab bagai..tp cter ni sesuai la klu nk wat gelak2...:p
cter xberat...8/10 bintang :)

jom ramai2 tgk wayang citer ni....

Tuesday, October 30, 2012

stalker!!! a.k.a ???


entry laju2 dan rasa xpuas ati untuk petang ni di kala hujan lebat sekitar kl dan sekitar opis aku...tetap xdpt nk cool kan aku!!! perghh PANAS mendidih jer pale otak aku ni...
stalker!! ye pengintip a.k.a kepochi...a.k.a gak si penjaga tepi kain org!!! adoi ape lah masalah ko agak nye kan??? xpuas ati ape lg?? klu berani mai depan2 ckp..xyah kot main tikam belakang...aku nk bg seDASS pon senang!...meh nk tonyoh sikit mulot ko tu...bg ko sedar sikit...
mase kecik xnak mampos dah TUA ssh kan org...adoiii benci..rs nk g hempok je manusia itu! 
ape ko dapat erk jd stalker?? bkn kompeni bayar ko lebih pon...bukan leh bawak kubur pon dengki ngan org...adoiii.....
selalu aku diam..bukan takut pon malas nk besar2 cter je..tp igtkan bila kita diam makin senyap rupa nya makin menjadi2...LETIH









aku tau ada silent reader aku antara stalker2 ni so klu ko baca ko sampai kan aku xKESAH!! yang pasti aku DOAKAN idop korg2 xkan penah BAHAGIA! fullstop.



mood : sy sangat2 bengang!!! 

dalam hati ada taman....

salam semua! selamat pg...entry pertama arini..hmm smlm ada x yg tgk citer "dalam hati ada taman" astro ria kol9.30 klu xsilap...
mmg aku tunggu gler cter ni..kebetulan malam td tido umah akak aku so merasa la tgk astro...so dah plan dah setiap isnin nk naik tido sane hehe....
bg aku jalan cerita xde la best mana tambah lagi wujud nya watak amy mastura tu..sumpah wat semak tibi jer hehe.. cuma pasangan hero dan keroin dia elfira loy dan randy pangalila serius sweet sgt..jatuh cinta sudah! hehehe... 





part best untuk semalam! jatuh cinta sudahhh...:p






nota kaki : malam ni nk g tgk wayang cter istanbul aku datang...malam pra tonton ada dpt tiket free dr radio hotfm :)

Monday, October 29, 2012

isnin bluess...

salam semua! masuk kerja arini tetiba tgk kelender..alamak! xabes g bulan10 rupa nya..ceh salah daaa...rupa nya pas cuti raya tetap xabis g bulan10 :)
xde tunggu pape pon saje nk cepat kan masa hehe..nk cepat abes tahun ni tu sebenar nye hehe.....
sambil2 belek kelender jom aku bg korg tgk pack nya november aku!


setiap minggu full booking! cuma 24 - 25 november je kosong lagi...xtau la kan esok lusa ape cter..memandang kan klender november ala2 full so aku mmg leh nk plan kemana2 la kan..xbest lak klu org dah jempot x pergi..tp kalu tgk kan 11 nov tu mmg xde la kan aku nk g semua!.. xsempat nye seharian..nk jelajah satu malaysia ni...

korang2 nye kelender november mcmane? mesti cam aku gak kan kenduri sana sini...makan free time :)


nota kaki : hadiah ape nak bagi ni????

Sunday, October 28, 2012

Korban!

Salam semua..dah sampai rumah masing2 ker? Aku stil dlm keta on da way balik kl..dah dekat 4jam kt dlm keta..seb baik leh gilir2 klu x mauttt hehe
Nk story pasal korban sbnr nye..pengalaman aku wat korban tok pestime sepanjang idop aku! Alhamdulillah syukur dgn rezeki allah dpt jugak aku wat korban dgn duit aku sendiri..
Hmm perasaan erk? Perghhhh...tu je yg boleh aku ckp, sumpah sgt2 hargai pengalaman ni..
Mungkin org lain aku xtau la kan bg aku masa imam tu takbir sambil ajar ktorg2 ni berniat..sumpah jantung aku laju gler..xtau nape..bila kena sentuh lembu tu sambil imam tu sembelih lembu tu xtau nk ckp sebak sgt..;(
Meleleh gak air mata aku! Hilang macho aku :p bila tgk sendiri dgn mata kepala saat2 hembusan terakhir lembu tu buatkan aku feel semcm! rs sgt2 bersyukur akhir nya aku merasa gak kongsi rezeki aku ngan org yg sepatutnya...
Semoga Allah terima korban aku untuk tahun ni..semoga Allah beri lg rezeki untuk aku tahun2 hadapan untuk untuk kongsikan rezeki ni amin
Jom tgk gambar yang ada..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, October 26, 2012

Perjalanan ku

Salam semua..amcm raya korg2? Best x? Aku br dapat rest ni..pergh kepenatan jugakss..nanti aku cter pasal korban pestime ok!

Ok smlm nye cter..dr kl aku gerak dlm kol9 tu pon dlm cuaca yg agak mencabar jugaks la..hujan pon lebat pakej guroh skali tau..selalu amik masa 2jam lebih je sampai depan umah mak aku tapi semalam kol1pg lebih sampai tu pon tanpa berhenti mana2..mencabar gak la kali ni..

Dek kerana mengantok dan nk ke toilet benti singgah petronas hiway tepi jalan tu je ala klu korg biasa lalu hiway tol gombak ke tol bentong mesti tau nye.. Selalu xpenah rs mcm smlm, bayangkan aku msok kedai tu dah mcm org nk beli tiket bola..ramai gler.. Sampai rak2 barang tu clear! Peti ais yg maha byk tu pon dah mcm ala2 nak ada xde je..

Xmau ckp banyak..jom share gambar


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, October 25, 2012

Jom reramai kira

Pergh dok belek2 jam..br kol4.30 ke adoi apesal la lambat sgt arini...
Agak2 nya kol bape la aku sampai kg tercinta arini kn.. Memandangkan kg halaman ku menghala ke laluan pantai timur dan dah lumrah nya raya haji a.k.a raya korban ni meriah nye lain mcm sket kat kelantan dan t'ganu so dah bertahun2 mmg mcmni.. So layan kan aje...hadap ok!
Pape pon hati2 di jalan raya klu boleh bior jem sbb keta banyak jgn sbb excident..mintak di jauhkan..tambah2 g cuaca pon mcm nk ujan lebat ni kat kl..

Selamat menyambot aidil adha


#akuygmasihsetiadiopis!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

sama sama la kita berkongsi


Korban

Dari segi bahasa, korban bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana Allahsubhanahu wata‘ala.  Dari sudut syara‘, korban bermaksud menyembelih binatang yang tertentu pada masa-masa yang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wata‘ala.

Pensyari'atan Dan Hikmahnya

Korban telah disyari‘atkan pada tahun kedua hijrah sama seperti ibadah zakat dan sembahyang Hari Raya.
Firman Allah subhanahu wata‘ala
Maksudnya:
“Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah korban (sebagai tanda syukur)”
(Surah Al-Kauthar 108:2)
Hikmah disyari‘atkan korban ialah sebagai tanda bersyukur kepada Allahsubhanahu wata‘ala di atas segala nikmatNya yang berbagai dan juga di atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun.
Ia juga bertujuan menjadi kifarah bagi pelakunya, sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan ataupun dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan di samping memberikan kelegaan kepada keluarga orang yang berkorban dan juga mereka yang lain.
Korban tidak memadai dengan menghulurkan nilai harganya, berbeza dengan ibadah zakat fitrah yang bermaksud memenuhi keperluan golongan fakir, Imam Ahmad dikatakan menyebut amalan menyembelih korban adalah lebih afdhal daripada bersedekah dengan nilai harganya.

Hukum Melakukan Korban

Hukum melakukan korban ialah sunnah mu’akkadah bagi sesiapa yang mampu melakukannya.

Sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud:
 “Aku diperintahkan agar menyembelih qurban dan ia sunat bagi kamu”
(Riwayat Tirmizi)

Pembahagian Ibadah Korban

Terdapat dua jenis Korban iaitu korban wajib dan korban sunat.
  1. Korban Wajib
  2. Korban Nazar.
Contohnya apabila seseorang menyebut, “Kerana Allah wajib ke atasku berqurban seekor kambing atau seekor unta ini” ataupun dengan menyebut, “Aku jadikan kambing ini sebagai korban”
Sama sahaja hukumnya dalam hal sama ada yang menyebutnya itu seorang yang kaya ataupun seorang fakir. Binatang yang dibelikan untuk tujuan korban oleh seorang fakir. Apabila seorang fakir membeli seekor kambing dengan niat untuk dikorbankan, maka ia menjadi wajib. Ini kerana membeli dengan tujuan berkorban oleh seseorang yang tidak wajib melakukannya dikira wajib kerana perbuatan ini dikira sebagai satu nazar.

Korban Sunat
Korban sunat ialah korban yang dilakukan oleh seseorang yang berkemampuan melakukannya sama ada miskin ataupun yang bermusafir, yang tidak berniat nazar atau membeli dengan tujuan korban.

Syarat-Syarat Korban


Syarat korban dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:
    1. Syarat Wajib/Sunat Korban.
    2. Syarat Sah Korban.
    3. Syarat Mereka Yang Dituntut Berkorban.

Syarat Wajib/Sunat Korban
  1. Untuk dijadikan ibadah korban wajib ataupun sunat adalah disyaratkan dia mampu melaksanakannya.
  2. Orang yang dianggap mampu ialah mereka yang mempunyai harga untuk binatang korban yang lebih daripada keperluannya dan keperluan mereka yang di bawah tanggungannya untuk hari raya dan hari–hari tasyrik kerana inilah tempoh masa bagi melakukan korban tersebut.
  3. Kedudukannya sama seperti dalam masalah zakat fitrah, mereka mensyaratkan ia hendaklah merupakan yang lebih daripada keperluan seseorang juga keperluan mereka yang di bawah tanggungannya pada hari raya puasa dan juga malamnya sahaja.

Syarat Sah Korban
  1. Hendaklah binatang yang diqurbankan itu tidak mempunyai sebarang kecacatan yang menyebabkan kekurangan kuantiti dagingnya ataupun menyebabkan kemudharatan terhadap kesihatan. Contohnya cacat yang teruk pada salah satu matanya, berpenyakit yang teruk, tempang atau kurus yang melampau.
  2. Hendaklah korban itu dalam masa yang tertentu iaitu selepas sembahyang Hari Raya Haji pada 10 Zulhijjah hingga sebelum terbenam matahari pada akhir Hari Tasyrik iaitu pada 13 Zulhijjah.
  3. Hendaklah disembelih oleh orang Islam.
  4. Orang yang berkongsi mengorbankan unta atau lembu tidak lebih dari tujuh orang di mana masing–masing menyumbang 1/7 bahagian.

Syarat Mereka Yang Dituntut Berkorban
    1. Islam.
    2. Merdeka.
    3. Aqil Baligh.
    4. Bermukim atau Musafir.
    5. Berkemampuan.

 Waktu Pelaksanaan Ibadah Korban
Waktu bagi menyembelih korban bermula setelah selesai sembahyang Hari Raya dan bacaan khutbahnya iaitu setelah naik matahari sekadar segalah. Masanya berterusan siang dan malam sehingga Hari Tasyrik yang akhir iaitu sebelum terbenam matahari pada hari tersebut. Ini berdasarkan hadis Nabi yang diriwayat oleh Al-Barra’ bin ‘Azib :
“Perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini ialah bersembahyang, kemudian kita balik dan melakukan penyembelihan korban. Sesiapa yang melakukan demikian maka dia telah menepati sunnah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum itu, maka ia merupakan daging yang disediakan untuk ahli keluarganya. Ia tidak dikira sebagai ibadah khas (korban) ini sedikit pun.”

Binatang Korban

Perbincangan tentang binatang korban ini meliputi empat perkara :
  1. Jenis binatang yang diqurban.
  2. Umur binatang korban.
  3. Kadar binatang yang disembelih.
  4. Sifat–sifat binatang korban.

  1. Jenis Binatang Yang Dikorban
  2. Para ulama’ sependapat bahawa ibadah korban tidak sah kecuali dengan menggunakan binatang an‘am, iaitu binatang jinak yang berkaki empat seperti unta, lembu dan kerbau, kambing biri–biri dan semua yang termasuk dalam jenisnya, sama ada jantan atau betina. Oleh itu, tidak sah berkorban dengan menggunakan binatang yang lain daripada binatang an‘am ini seperti kerbau liar dan kijang.
    Firman Allah subhanahu wata‘ala:

    Maksudnya:
    Kami syari‘atkan ibadah menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka: binatang-binatang ternak yang disembelih itu.”
    (Surah Al-Hajj 22:34)
    Tidak terdapat sebarang dalil sama ada yang dinaqalkan daripada Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam atau sahabat yang menunjukkan mereka berkorban dengan binatang selain daripada binatang-binatang ternakan (an‘am) ini. Oleh kerana korban merupakan satu ibadah yang dikaitkan dengan binatang, maka ia hanya ditentukan kepada binatang an‘am sahaja sama seperti ibadah zakat.
    Adapun binatang yang lebih afdhal dikorban ialah unta diikuti dengan lembu kemudian biri-biri atau kibasy kemudian kambing. Ini memandangkan kuantiti dagingnya yang lebih banyak bagi maksud pengagihan yang lebih meluas untuk fakir miskin.
    Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam juga telah bersabda yang bermaksud:
     
    “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat dengan mandi junub, kemudian dia pergi (ke Jumaat) maka dia seolah-olah telah berkorban seekor unta. Sesiapa yang pergi pada saat kedua maka dia seolah-olahnya berkorban dengan seekor lembu. Sesiapa yang pergi pada saat ketiga maka dia seolah-olah berkorban dengan seekor kibasy yang bertanduk.”
  3. Umur Binatang Korban
  4. Umur binatang yang hendak dikorbankan berbeza-beza mengikut jenis binatang iaitu:
    1. Unta disyaratkan telah berumur lima tahun dan masuk ke umur enam tahun.
    2. Kambing dan lembu disyaratkan telah berumur dua tahun dan masuk ke umur tiga tahun.
    3. Kibasy disyaratkan telah memasuki umur dua tahun.
    4. Bagi anak unta, lembu, kambing dan kibasy yang telah berumur dua tahun lebih (yang telah bersalin gigi) harus dijadikan korban.
  5. Kadar Binatang Yang Disembelih
  6. Para fuqaha’ bersepakat mengatakan bahawa seekor kambing atau kibasy hanya mencukupi sebagai korban untuk seorang sahaja. Seekor unta atau lembu pula mencukupi untuk menjadi korban bagi tujuh orang. Ini berdasarkan hadith Jabir:
    “Kami berkorban bersama Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam semasa di Hudaybiyah dengan seekor unta atau seekor lembu untuk tujuh orang.”
    Dalam riwayat Muslim pula menyebut :
    “Kami keluar bersama Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam dan kami berniat Haji. Maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah memerintahkan kami supaya berkongsi mengorbankan seekor unta atau seekor lembu. Setiap tujuh orang berkongsi seekor unta.”
  7. Sifat–Sifat Binatang Korban
  8. Sifat–sifat binatang korban sama ada betina atau jantan yang digariskan oleh syara‘ adalah seperti berikut:
    1. Terang penglihatannya iaitu tidak buta.
    2. Tidak cacat seperti kudung kaki, putus ekornya, terpotong hidungnya atau sebagainya.
    3. Gemuk, tidak harus pada binatang yang terlalu kurus.
    4. Ciri-ciri yang afdhal terdapat pada binatang korban itu:
    5. Gemuk pada keseluruhan anggotanya.
    6. Bertanduk.
    7. Putih warna bulunya (pada kibasy).
    8. Jantan.

Sifat yang makruh pada binatang korban:

  1. Rabit telinganya.
  2. Terpotong sedikit bahagian belakang atau depan telinganya.
  3. Tidak mempunyai tanduk sejak asalnya.
  4. Patah tanduk sebelah atau keduanya atau pecah bahagian tanduknya.
  5. Tanggal sebahagian giginya disebabkan tua atau jatuh.
  6. Kabur penglihatannya.

Perkara Sunat Ketika Berkorban

  1. Sunat menambat binatang yang hendak diqurbankan itu beberapa hari sebelum disembelih.
  2. Digantung tanda pada binatang yang hendak dikorbankan.
  3. Dibawa dengan baik dan ihsan ketika ke tempat penyembelihan.
  4. Disunatkan juga orang yang berkorban menyembelihnya.
  5. Sunat dihadapkan ke arah qiblat ketika menyembelih korban.
  6. Sunat memilih binatang yang paling gemuk, terelok dan terbesar untuk dijadikan korban.
  7. Sunat digunakan alat yang paling tajam dan diperbuat daripada besi.
  8. Setelah selesai disembelih maka sunat ditunggu sehingga binatang yang disembelih itu sejuk dan semua anggota tidak bergerak lagi.
  9. Sunat bagi mereka yang mahu melakukan korban tidak bercukur dan tidak memotong kukunya setelah tiba bulan Zulhijjah sehingga telah selesai berkorban.
    1. Binatang korban sunat dibaringkan di atas rusuk kiri sebelum dilakukan penyembelihan.
    2. Sunat ketika sembelihan korban dilakukan adalah seperti berikut:
    3. Membaca basmalah.
    4. Bersalawat ke atas Nabi Muhammad.
    5. Binatang diarahkan ke arah qiblat.
    6. Bertakbir sebelum atau selepas membaca basmalah.
    7. Berdoa.
     
  10. Orang yang berkorban hendaklah membaca doa seperti berikut :
  11. “Ya Allah, ini adalah nikmat yang datang dariMu dan dengannya aku mohon untuk dapat mendampingiMu.”
  12. Sunat wakil yang melakukan sembelihan menyebutkan orang yang mewakilkannya seperti:
  13. “Dengan nama Allah dan Engkau Yang Maha Besar, ini daripadaMu dan untukMu.Terimalah Ya Allah daripada si pulan, si pulan.....”

Perkara Makruh Ketika Berkorban

  1. Berlaku kasar kepada binatang yang hendak dikorbankan seperti mengheret atau memukul semasa membawa ke tempat sembelihan atau seumpamanya.
  2. Memerah susu atau menggunting bulu atau mengambil sebarang faedah dari binatang yang hendak dijadikan korban.
  3. Tidak menghadapkan ke arah qiblat semasa sembelihan dilakukan
  4. Bercukur atau memotong kuku setelah tiba bulan Zulhijjah hingga penyembelihan korban selesai dijalankan.
  5. Binatang yang telah dibeli untuk tujuan korban adalah makruh dijual kerana ia telah ditentukan untuk korban.

Hukum Daging Korban

  1. Korban yang wajib iaitu yang dinazarkan ataupun yang ditentukan sama ada dengan menyebut, “Ini adalah korban”, maka orang yang berkorban tidak boleh memakannya. Dia wajib menyedekahkan semuanya sekali.
  2. Anak kepada binatang korban yang ditentukan juga, perlu disembelih seperti ibunya, tetapi bezanya ia boleh dimakan kesemuanya oleh tuan yang mengorbankannya kerana disamakan dengan hukum susu, kerana tuannya harus meminum susu binatang korban yang selebih daripada anaknya walaupun perbuatan itu makruh.
  3. Bagi korban sunat, maka tuannya sunat memakannya, iaitu yang afdhalnya dia hendaklah memakannya beberapa suap sebagai mengambil berkat.Ini bersesuaian  dengan firman Allah subhanahu wata‘ala:

    Maksudnya:
    Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang qurban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.
    (Surah Al-Hajj, 22:28)
  4. Hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi pula ada menyebut bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah memakan sebahagian daripada hati binatang korbannya. Hukum memakan daging korban pula tidak wajib, ini berdasarkan firman Allah subhanahu wata‘ala
Maksudnya:
Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syi‘ar agama Allah untuk kamu, pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu.
(Surah Al-Hajj, 22:36)
Dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa ia dijadikan untuk kita. Setiap perkara yang dijadikan untuk manusia, maka dia diberi pilihan sama ada mahu memakannya atau tidak.
  1. Orang yang berkorban juga boleh menjamu kepada kalangan yang kaya, tetapi tidak boleh diberi milik kepada mereka. Yang boleh cuma dihantar kepada mereka sebagai hadiah yang mana mereka tidak akan menjualnya atau sebagainya
    .
  2. Mengikut pendapat dalam qawl jadid, orang yang berkorban boleh memakan sebahagian daripada korbannya. Mengikut qawl qadim pula harus memakan sebanyak separuh, manakala bakinya hendaklah disedekahkan.
  3. Sebahagian ulama’ berpendapat daging korban dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 1/3 daging disedekahkan dalam keadaan mentah, 1/3 daging dimasak dan dibuat jamuan dan 1/3 daging dimakan oleh orang yang berkorban.
  4. Pendapat yang asahpula, adalah wajib bersedekah dengan sebahagian daripada daging korban walaupun sedikit kepada orang Islam yang fakir walaupun seorang. Walaubagaimanapun, yang lebih afdhal hendaklah disedekahkan kesemuanya kecuali memakannya beberapa suap untuk mengambil keberkatan seperti yang telah dijelaskan.
  5. Bagi korban sunat pula, orang yang berqurban boleh sama ada bersedekah dengan kulit binatang tersebut atau menggunakan sendiri, seperti mana dia harus mengambil faedah daripada binatang itu semasa hidupnya. Tetapi bersedekah adalah lebih afdhal. Bagi korban yang wajib  pula, kulit binatang itu wajib disedekahkan.
  6. Korban juga tidak harus dibawa keluar dari negeri asalnya sebagaimana yang ditetapkan dalam masalah membawa keluar zakat.

Sumber : www.al-azim.com

salam aidil adha

salam semua...masih bersiaran di opis ni..mesti dah ada yang bercuti kan arini..xpon mesti dah ada yang dah sampai kg :) insyaAllah aku nyer turn malam ni..semoga di permudahkan perjalanan kita semua amin...
mood raya makin terasa ni...klu xcaya tgk gambar bawah ni....


dah nk penuh kan?? punye la ramai yg dah cuti arini..so aku lepak je kat opis arini sbb nye malas nak amik cuti gakkk...so arini lunch hour kita jimba2 ler lalalalala
sempena aidil adha esok..sempena hari raya korban...insyaAllah esok aku juga akan turut skali sesi ibadah korban...somoga segala nya di permudahkan dan di terima ALLAH amin...

Hukum Melakukan Korban

Hukum melakukan korban ialah sunnah mu’akkadah bagi sesiapa yang mampu melakukannya.
 Sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud:
 “Aku diperintahkan agar menyembelih qurban dan ia sunat bagi kamu”
(Riwayat Tirmizi)
hmm sanggop ke aku tgk ni esok?? pergh cabaran gak ni...doakan yang terbaik semua...amin
last skali nk ucapkan selamat menyambut aidil adha semua..sama2 la kita renung2kan apa yg terbaik sempena ibadah korban ni...berhati hati di jalan raya...



Wednesday, October 24, 2012

teambuilding - shangri la rasa sayang

yuhuu penang on da way!!!
hari ni dah dapat email dr yg berkenaan untuk komfermkan saiz baju n naik bas @ pergi sendiri..aku komferm la naik bas kan..senang letih tido aje haha...tempat yang akan di tuju shangri la rasa sayang resort..klu ikot kan dr google dekat batu feringhi hmm nampak mewah la kan..tapi dalam gambar so xmau pecaya sebelum pergi :p
jom layan gambar sket yang aku usha...










ape yang penting adalah.......freee!!!

aku terima nikah nye...

salam semua..xde ape nk citer sgt..sabtu lepas meluangkan masa gak g tengok wayang..selepas aktiviti tgk wayang hantu kapcai masa trip ipoh aritu..
huhu kemain lagi iklan nye..dalam fb pon bukan main lg org komen..so dgn rasa kobar2 aku pon set gak masa nk tgk wayang..
so terjah mines je tiket kol10.20 malam...layan...



kesimpulan dari yg aku tgk...komen aku la kan..hmmmmm xde la best sgt..boleh la cuma aku  xberapa berkenan bab romantik tu..perghh seram tgk..aku yg bujang ni rasa cam agak segan gak la...eeeeeeeee xsesuai citer melayu camni! pendapat aku je..org lain aku xtau la kan...
dari 10 bintang aku rasa 5 bintang je boleh bagi...


nota kaki : hmm korang2 dah tgk ke citer ni??

Tuesday, October 23, 2012

20 oktober gak

selepas mengendeng dekat kenduri baby dalam sejam kot..aku pon cargas ke kelana jaya untuk kenduri kawen bos lama aku hehe..
mmg bebaloi sangat pergi kenduri ni..makan sedappp hehe...puas hati..maklum la bos aku ni anak bongsu dgr2 nya..pastu keturunan mamak lagi so makan dia spesel sket dr kita melayu pior ni..kan??ke aku salah???





selamat pengantin baru faizal dan wife..semoga bahagia sampai syurga amin...


20 oktober

salam...semua...harap semua sehat yer..
entry lambat sket hehe..arini nk share program hari minggu baru2 ni je pon..jom layan...
pagi sabtu tu celik2 mata je dah...OMG! pergh mengikut plan kol9 dah nak gerak..sobs..sobs..skalii tgk jam dah lambat ni..nak mandi lagi nk iron baju lagi..cargas2..dak housemate aku pon same je cam aku! ceh..igt kan dia bangun awl kejot aku ke.. ni xde nye dia pon sedap membuta lagi cisss....
akhirnye dekat kol11 lebih kot baru gerak, dalam hati harap sgt jalan x jem dan XSESAT haha...nk g s.alam tu..aku buta gak pasal jalan ni..tgk la maps mcmane pon...seb stering keta dekat aku kan..so redah aje lalala...
lalu faderal hiway je pon..mula2 tu xde la jem sgt..dah separoh jalan jem boleh tahan gak la tambah g ngan keadaan penyokong bola kelantan sudah mari kan malam tu ada game...xmau cter pasal bola..so bersesak la aku ngan org nk tgk bola ngan aku nak g makan kenduri sobs..sobs...
sampai gak aku kat kenduri tanpa kol tuan rumah! yeayy berjaya :) sampai2 teros ngam2 boleh makan..tp nye cover cun  eh cover la datang salam2 ramah mesra dulu br g makan hehe...
jom layan gambar yang ada ni..sbb nk sambung kenduri lain plak hehe...











tadaa ni la anak sedara syuga cinta  yg sulung! cik nur qaseh qaleshya 

Friday, October 19, 2012

sepetang jumaat!

salam semua...tengah menghitung waktu nk balik hehe...korg2 ngah buat ape? mesti ada gak cam aku kan dok tgk jam jer nak balik kan??? jgn tipu...
huhu memandang arini jumaat, rehat pon lama so aku n the geng plan nk mengUSHAaa kengkonon windowsopingg...tapi tetapppp membeli hehe...tapi xde beli ape sgt pon cuma do belek tudong je pas satu kedai satu kedai w/pon hujan camni...




kedai tudong yang aku singgah dok ulang alik & sempat sambar jugak hehe...


akhirnye dapat gak sambar sehelai tudong hehe nak pakai esok sebenar nye! giler kan..seb baik la area jalan TAR ni xde la mahal amat kan..kira sesuao la ngan poket org cam aku :p xde la sampai standart ariani..hajabar bagai xmampu..sobs..sobs..mahal amat!  


dok ulang alik redah ujan tu..tgk2 jam makkk!! dah kol2.30 ker?? masak camni...cargas masuk mydin niat di hati nk beli payong tp bila memikir kan..aku yg sengal eh x aku yg malas sendiri nk bawak payong dr opis..so tanggung sendiri la ujan2 redah gak kan..nk balik opis cam xsesuai lak lari2 ayam tu..so beli je la baju hujan! yang mcmni..perghh pestime kot aku pakai..selama ni xpenah terjangkau dek kepala aku nk beli..slalu mcmane pon payong gak pilihan hati...





eh alamak! dah cukop masa...daaa balik dulu yer..selamat berhujung minggu semua :)

teambuilding..again??

DEAR ALL,


Appreciate if you can block 2nd - 4th November 2012 for our proposed General Agencies & Group Business's Team Building event which is in the process for approval from HR.

Pls indicate if you can come or not on these selected date, and if YES, kindly advise your Tshirt size. ( XS, S, M, L & XL) latest by Monday (22th October) at 11am.



# mimpi ngeri di pagi hari jumaat huhu.......
# ke penang kita weh
# dalam di lema nak pergi ke x nak!! nak ke xnak??


hmm kalau korg pergi x?? hehe...ada 2minggu lagi dari skang untuk pergi..ada 2ari lg untuk pikir alasan logik klu xamu pergi hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...